(Membuat Yang Berbeza)

Badge House adalah Syarikat lencana Sulam yang paling berpengalaman di bidang mencipta logo, khususnya untuk para pengakap dan pandu puteri, dan menghasilkan lencana-lencana yang cantik dan bermutu tinggi

1) Sebutharga

Untuk mendapatkan sebutharga yang tepat bagi lencana sulam yang ditempah, ia bergantung kepada 3 faktor utama:


1. Faktor Pertama – Saiz
2. Faktor Kedua – Kawasan bersulam
3. Faktor Ketiga – Jumlah lencana yang ditempah

Faktor- faktor tambahan seperti lencana yang bergantung, Benang sulam UV, Benang sulam bersinar malam, Benang Sulam florescent dan lain-lain lagi akan menambahkan lagi sebutharga asal.

2) Menentukan Saiz Lencana

Saiz lencana paling kecil yang boleh kami sulamkan adalah 1 inci x 1 inci ke sampai 16 inci x 16 inci (Paling Besar)


Semasa membuat tempahan atau sebutharga, Saiz lencana adalah Faktor Pertama.


Cara menentukan saiz adalah menambahlan ukuran tinggi dengan ukuran lebah dan bahaginya kepada dua.


Saiz = (tinggi + lebah)/ 2


Contohnya, tinggi lencana adalah 3.5", lebah adalah 2.5",


maka, saiz adalah (3.5" + 2.5") / 2


Saiz lencana = 3"


Tidak kira apa juga bentuk, ukuran tinggi adalah dari ukuran tegak in antara dua penjuru dan Ukuran lebah adalah dari ukuran melintas antara dua penjuru.

3) Kawasan Bersulam

Kawasan bersulam merupakan ukuran kawasan yang disulamkan dengan benang di atas permukaan lencana. Kawasan bersulam ini diukur dengan kadar peratus (%) kawasan.


Sebutharga adalah berlainan bagi lencana bersulam penuh dan lencana bersulam sebahagian.


Lencana bersulam penuh mempunyai kadar peratus kawasan bersulam di antara 70% hingga 100%


Lencana bersulam sebahagianh adalah di antara 30% sampai 60% kadar peratus kawasan bersulam.


4) Jumlah tempahan

Jumlah minimum untuk setiap tempahan lencana adalah 50 keping sahaja. Apabila jumlah tempahan meningkat, kos atau sebutharga lencana juga akan turut menurun.


Sebagai rujukan, lencana bersulam penuh (100%) bagi saiz 3" dan 50 keping, sebutharga adalah (Ringgit Malaysia) RM6.50 dan untuk jumlah 1000 keping dan saiz 3", 100% bersulam, sebutharga adalah RM2.20


Sebutharga untuk 120 keping ataupun 180 keping adalah sama dengan sebutharga 100 keping seumpamannya.

5) Commitment

Kami sentiasa menitiberatkan setiap keperluan dan kehendak pelanggan.


Untuk menghasilkan satu lencana yang bertahap tinggi, kami selalu berbincang dan memperingatkan pelanggan cara-cara wajib semasa mencipta logo.


Kami juga memastikan pelanggan sentiasa bangga dengan lencana yang kami hasilkan.


Maka, pelanggan yang menempah dengen kami akan dapat menikmati kelebihan-kelebihan berikut:


1. Sebanyak (9) sembilan jenis warna boleh dipergunakan dalam setiap logo


2. Setiap lencana akan dilekatkan dengan plastic di belakang lencana untuk menambah ketegahan dan melarang ketiruan.


3. Semua sisi lencana akan dijahit secara sulam lipat atau sulam bakar


4. Setiap lencana akan diperiksa 100% sebelum dibungkus dan dihantarkan kepada pelanggan


6) Membuat Bayaran

Bagi setiap tempahan, kami akan memberi sebutharga dalam Ringgit Malaysia. Inilah satu lagi commitment kami.


Bergantung kepada jumlah tempahan, "bayaran dahulu" bagi tempahan dalam 100 keping, bayaran sepenuhnya dikehendaki. Bagi tempahan besar, (lebih daripada 300 keping) "bayaran dahulu" sebanyak 60% diperlukan pada peringkat awal. Bakinya dapat dijelaskan sebelum lencana tersebut dihantar.


Bayaran boleh dimasukkan dalam akuan MayBank kami terlebih dahulu ataupun di dalam bentuk Ceks.


Thursday, September 18, 2008

Tips mencipta logo

1. Objek dan perkataan
  • Setiap rekaan logo yang baik untuk tujuan menyulam di kain,  ia mesti mempunyai isi objek dan perkataan yang jelas dan tidak terletak-letak. 
  • Bergantung kepada saiz lencana yang ingin disulam, objek dan perkataan selepas bersulam mestinya masih jelas dan boleh dibaca.
  • Sebagai rujukan am, bagi lencana yang tidak lebih daripada ukuran 3 inci, huruf dan perkataan mesti sekurang-kurangnya 5mm ketinggiannya. 
  • Semakin kecil ukuran lencana, saiz huruf mesti bertambah besar. 
  • Untuk memastikan lencana kelihatan seperti apa yang dianggapkan, adalah baiknya, mencetakkan logo tersebut sebesar saiz sebenar di atas kertas. Jikalau ukuran huruf kelihatan kecil daripada yang bercadangkan, maka masanya untuk membuat pembetulan atau mengurangkan perkataan-perkataan. 


2) Warna dan bentuk

  • Kami mengizinkan sebanyak 9 warna dipergunakan di dalam setiap lencana. Atas kehendakan pelanggan, warna boleh bertambah mengikut kesukaan. Setiap tambahan warna lebih daripada yang diizinkan, kos tambahan akan dikenalkan.
  • Kami juga akan memastikan pelanggan tidak tersekat oleh rekaan bentuk yang sukar dan susah untuk disulam. Di Badge House, kami dapat menghasilkan lencana daripada apa juga bentuk. (rujukan contoh-contoh di Geleri Lencana.
  • Bentuk lencana adalah hal pertama yang mesti difikirkan terlebih dahulu. Ia bukan setakat menentukan bagaimana sesebuah lencana boleh direka, ia juga akan menjaminkan sebesar mana lencana tersebut dapat disulam dengan jelas dan cantik. 


2 comments:

ikan88 said...

salam pengakap....
nk tnye cikit...
boleh tak kalau saya nk buat tempahan tp sulaman dekat skaf??
kalau boleh berapa sebut harga???

penolong pemimpin klkm PSAS(shark rovers)
muhammad hafiz bin hasni.

Eddy Soewantoro Soemarmo said...

Great job! Fully of information that all readers needed especially me! Keep it update ya!
http://virtual-bruneidarussalam.blogspot.com

Sila Hubungi kami:

Henry Tan (Manager)

Badge House,

473, Choa Chu Kang Ave.3

#14-173, Singapore 680473

email : badgehouse@bluehyppo.com

Tel : +65-90048460

Fax :+65-67267416

skype : badgehouse

Album : http://photobucket.com/albums/c204/badgehouse/

Blog : http://badgehouse.blogspot.com